Thursday, June 6, 2013

Salam Israk Mikraj

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani…..
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam…..
Salam Israk Mikraj kepada semua….

Derdasarkan hadis-hadis sahih, peristiwa ini berlaku sebelum hijrah ke Madinah.
Malam itu, baginda berada di rumahnya di Mekah. Jibril AS dan dua orang malaikat lainnya membangunkan baginda. Mereka membawa Buraq, iaitu seekor haiwan yang lebih kecil daripada kuda, lebih besar daripada keldai. Satu langkahnya sejauh mata memandang.(Sumber:Utusan Melayu (M) Bhd )

Peristiwa Nabi Allah Muhammad SAW bertemu penciptaNya dengan perjalanan pantas dengan menunggang Buraq atas keizinan dan kehendak Allah dari Masjidil haram ke Masjidil Aqsa dan naik ke langit melalui 7 lapisan langit tiba di Sidratul muntaha, Mustawa dan tiba di bawah Arasy Allah sebelum kembali semula ke Mekah pada malam hari yang sama.

Melihat sendiri seksaan dan balasan kepada amalan yang dikerjakan didunia dan mendapat perintah daripada Allah secara langsung tanpa perantara untuk melakukan solat fardhu 5 kali sehari semalam. Pada asalnya adalah 50 waktu tetapi selepas turun dan naik sebanyak 5 kali bertemu Allah semula, ia dikurangkan untuk meringankan beban umat2nya kepada hanya 5 waktu.

Sabda Rasulullah SAW: (Selain daripada apa yang aku saksikan ketika dibawa Israk dan Mikraj pada malam itu), maka ALLAH fardukan (atasku) dan umatku 50 waktu solat , lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan solat itu yang sudahpun dikurangkan kepada lima sahaja), maka ALLAH berfirman yang bermaksud : 'Solat fardu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia tetap juga 50 (dari segi pahalanya). Keputusanku tidak dapat diubah atau ditukar ganti '. [Hadis Riwayat Bukhari ]

Pengajaran dari peristiwa: Tingkatkan ketakwaan padaNya, Beriman kepadaNya, Jgn tinggal kewajiban bersolat, Jd insan yg soleh dan solehah. Semoga kita ditempatkan dalam golongan yg mendapat keistimewaan syurgaNya di “sana” nanti, insyaAllah…. Amin………… Wallahu a’lam….. (^_^)


Sumber: Hamba Allah..

No comments:

Post a Comment